Sunday, July 26, 2009

Kemas antara bangunan musnah dalam kebakaran

Front_tabika
Seorang ahli bomba mengawal kebakaran.

26th July, 2009

SANDAKAN: Sebuah bangunan Pra Sekolah milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), antara yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Cahaya Baru, Jalan Bomba di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian lebih 2.30 petang itu turut memusnahkan enam buah rumah penduduk dan sebuah lagi kereta milik penduduk dan bangunan Kemas yang baharu sahaja selesai menjalankan aktiviti harian sekolah.

Bangunan Kemas itu menempatkan 62 murid dan dua sesi persekolahan dan bagaimanapun tiada kelas pada hari kejadian.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, Mohd Razali Awang Ahmad, yang ditemui di tempat kejadian berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan begitu juga punca kejadian.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan, pihaknya telah bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dari merebak ke kawasan rumah berhampiran berikutan lokasi kebakaran yang didiami rapat oleh penduduk.

Bagaimanapun tiada kemalangan maut dilaporkan dan pihak berkuasa masih merekodkan jumlah mangsa yang terlibat dari enam buah rumah.

Ahli Parlimen Sandakan, Datuk V. K Liew, yang baru tiba dalam rangka lawatan kerja ke beberapa kawasan segera mengunjungi tapak lokasi kejadian sebaik sahaja mendengar berita kejadian kebakaran di kampung itu.

Liew yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudian menerima taklimat ringkas dari Mohd Razali selaku Pegawai Operasi Bomba dan pegawai Kemas di tempat kejadian sebelum tindakan selanjutnya dilakukan oleh wakil rakyat kawasan Sandakan ini.

Sementara itu, seorang saksi yang juga Pengerusi Pemadam kampung berkenaan Hassan berkata sebaik mendengar letupan kuat dari arah Tabika Kemas dan melihat api marak dengan cepat dan menjilat bangunan papan yang menempatkan seramai 62 kanak-kanak di sekitar kampung berkenaan.

Katanya, ia merupakan satu-satunya pusat untuk menjalankan aktiviti perpaduan penduduk dan juga pusat kanak-kanak di kampung berkenaan.

“Kami juga akan mengadakan satu majlis pemimpin bersama rakyat di bangunan Kemas ini pada 8 Ogos dan semuanya kini musnah kerana bangunan yang rapat dengan kami sudah musnah dalam kejadian ini,” katanya lagi.


No comments:

Post a Comment