Saturday, August 22, 2009

Do more for your kids’ education, Ronald tells parents

21st August, 2009

BELURAN: Deputy Parliament Speaker Datuk Ronald Kiandee has urged parents in the rural areas to do more for their children’s education and not to leave this responsibility to teachers alone.

“Education is the only way for them to change and improve their lives,” he said when opening a motivation programme for the pupils of Sk Telupid 4 UPSR near here this week.

Ronald who is also the Beluran MP said he was aware that some parents in the rural areas were uneducated themselves but that should not be an excuse not to pay attention to their kids’ education.

“They can at least motivate their kids and provide them with proper environment in their homes,” he added.

Ronald also said the lack of facilities and qualified teachers for subjects like English, Mathematic and Science was also not an excuse for students not to excel in their studies.

“I know of students in the rural areas who do excel in their studies. They had worked extra as compared to their urban counterpart,” he said matter-of-factly.

Meanwhile, he also said a close rapport between students, parents and teachers was also vital for students to excel in their studies.


Naik tingkatan 4 mesti lulus PMR

KETIKA merasmikan Bulan Pencegahan Jenayah, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta semua pihak memandang gejala ponteng dan gangsterisme sebagai perkara serius yang perlu ditangani oleh semua pihak.

Gejala ponteng bukanlah baru dalam arena pendidikan kerana ia berlaku sejak sekian lama.

Keadaan ini kian ketara akhir-akhir ini apabila kurangnya kawalan dan tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng.

Malah dalam sesetengah situasi, pihak yang ingin mengambil tindakan, khususnya Guru Disiplin atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) perlu berfikir panjang bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini.

Kuasa guru di luar sekolah amat terbatas dan gejala ini sering ditimbulkan oleh pelajar yang memang sudah tidak berminat untuk belajar. Kelompok ini pula mampu mempengaruhi golongan 'pelajar baik' dan akhirnya memberikan kesan yang lebih besar kepada iklim persekolahan.

Sebelum membincangkan perkara ini kita harus mengenal pasti golongan manakah yang lebih banyak terlibat dalam gejala ini? Kebanyakan pelajar yang terlibat dalam salah laku ini adalah pelajar dari tingkatan empat dan lima.

Namun tidak dinafikan terdapat penglibatan pelajar tingkatan satu hingga tiga. Tetapi golongan ini mungkin 'kurang berani' atau 'masih bimbang' melakukan salah laku tersebut.

Sehubungan itu Kementerian Pelajaran perlu mengkaji adakah kewajaran pelajar yang berisiko atau yang sudah tidak berminat bersekolah dipaksa untuk datang dan kemudiannya memberikan masalah kepada sistem pendidikan kita?

Saya masih teringat sistem pendidikan pada era 80-an di mana pelajar yang tidak mencapai tahap ditetapkan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) (kini Penilaian Menengah Rendah - PMR) tidak layak untuk naik ke tingkatan empat.

Saya melihat kesan kepada sistem ini adalah amat positif berbanding sistem sekarang yang membolehkan semua pelajar naik ke tingkatan empat secara automatik.

Sistem peperiksaan SRP dahulu lebih baik dilaksanakan semula untuk pelajar PMR bagi membendung pelajar yang lemah dan sudah tidak layak belajar terus 'dipaksa' melalui zaman persekolahan yang mengundang mereka melakukan gejala ponteng dan gangsterisme.

Kebanyakan mereka yang tidak layak berada di tingkatan empat banyak mencetuskan iklim persekolahan yang kurang kondusif dan menjejaskan tumpuan guru yang mengajar serta menimbulkan gangguan kepada pelajar yang masih bersemangat untuk belajar dan berjaya.

Sebelum mengembalikan semula sistem lama ini, Kementerian Pelajaran wajar menyediakan sekolah vokasional atau Pusat Latihan Giat Mara di setiap daerah agar pelajar yang tidak layak menaiki tingkatan empat berpeluang mempelajari kemahiran kerjaya untuk meneruskan impian mereka.

Adalah sangat malang jika mereka berada di tingkatan empat dan lima tetapi pada masa sama tidak mampu meneruskan persekolahan dan hanya menghabiskan masa dan wang ibu bapa.

Dalam hal ini kita wajar mencontohi sikap ibu bapa kaum Cina yang 'menamatkan' persekolahan anak mereka jika dilihat sudah tidak berminat, sebaliknya digalakkan bekerja dengan mana-mana pihak yang boleh membekalkan kemahiran dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik berbanding graduan universiti yang menunggu dan mencari kerja.

Malah golongan ini berjaya mencipta kerja dan boleh berdikari berbanding mereka yang tidak mempunyai kemahiran.

Pelajar Melayu yang berada dalam lingkungan ini wajar diberikan perhatian dan peluang membina masa depan yang lebih terjamin dengan melalui sistem kemahiran semasa tingkatan empat dan lima di sekolah khas (vokasional kemahiran).

Saya percaya jika pelajar di tingkatan satu hingga tiga mengetahui akibat kegagalan di peringkat PMR peluang untuk berada di aliran akademik akan tertutup, mereka akan mempunyai fokus kepada pembelajaran bagi melayakkan naik ke tingkatan empat.

Jurang dan masalah ponteng serta masalah salah laku di kalangan pelajar di tingkatan satu hingga tiga juga boleh dikawal dan dikurangkan.

Dalam masa yang sama, usaha harus digerakkan bagi memerangi budaya ponteng yang mengundang pelbagai gejala yang menyebabkan pelbagai jenayah dilakukan oleh pelajar. Malahan kuasa dan bidang tugas Guru Disiplin juga wajar dinilai semula.

Sekolah berisiko perlu diberikan kelonggaran masa mengajar dan mungkin dilantik guru disiplin sepenuh masa bagi memberikan tumpuan mengawal masalah pelajar berisiko.


Kuala Nerang, Kedah

108 pengetua tidak diturunkan pangkat

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Setiausaha Agung Kongres, Mohamad Ismail, dalam ruangan ini, 19 Ogos bertajuk, 'Usah turun pangkat 108 pengetua Gred DG52'.

Untuk makluman, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) menetapkan bahawa urusan pemangkuan sesuatu jawatan kenaikan pangkat hendaklah diisi calon yang diluluskan pemangkuan oleh LKPPP saja. Perkara ini dibuat sedemikian, bagi menentukan wujudnya kesaksamaan, keadilan dan tidak ada elemen pilih kasih dalam sesuatu urusan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat.

Bagaimanapun, didapati 108 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku sesuatu jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki masing-masing sudah ditempatkan ke jawatan kenaikan pangkat berkenaan secara pentadbiran oleh pihak tertentu. Mereka yang terbabit adalah terdiri daripada 11 PPPS di kementerian/IPGM, empat PPPS di Jabatan Pelajaran Negeri, tujuh PPPS di Pejabat Pelajaran Daerah dan bakinya seramai 86 adalah Pengetua Sekolah Menengah.

Apabila keadaan ini berlaku, ia menutup peluang calon yang diluluskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku jawatan kenaikan pangkat kerana jawatan itu diisi pegawai lain yang belum layak dan belum lagi diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.

Keadaan ini menyebabkan mereka yang diluluskan pemangkuan ke gred kenaikan pangkat mencemuh Kementerian Pelajaran bahawa urusan pemangkuan adalah tidak adil, tidak telus dan memberi keutamaan kepada kronisme. Sebagai contoh, 35 daripada 55 orang PPPS gred DG52 tidak boleh memangku jawatan DG54 kerana jawatan itu diisi oleh calon yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.

Selain itu, 466 daripada 781 orang PPPS Gred DG48 tidak dapat memangku jawatan Gred DG52 kerana jawatan itu juga diisi calon yang belum diluluskan pemangkuan oleh LKPPP. Malahan, ada 2,570 daripada 3,413 PPPS DG44 yang diluluskan pemangkuan ke Gred DG48 tidak dapat memangku Gred DG48 kerana jawatan itu diisi calon yang tidak diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.

Khusus untuk memperbetulkan kepincangan itu, satu kertas kerja dibentangkan di Mesyuarat Pengurusan kementerian Bil. 9/2009 pada 24 Jun 2009 dan dipertimbangkan perkara itu dengan terperinci serta memutuskan supaya 108 orang pegawai yang tidak layak menduduki jawatan kenaikan pangkat kerana belum lagi dipertimbang dan diluluskan pemangkuan ke jawatan kenaikan pangkat oleh LKPPP itu ditempatkan kembali ke jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing.

Tindakan ini sama sekali tidak bermaksud untuk menurunkan pangkat mereka. Apa yang berlaku ialah mereka ditempatkan semula ke jawatan setara dengan gred jawatan hakiki masing-masing. Selain daripada itu, kementerian tidak boleh dan tidak pernah membayar elaun memangku jawatan kenaikan pangkat kepada mereka berkenaan kerana mereka belum lagi diluluskan pemangkuan oleh LKPPP.

Justeru itu, penempatan semula mereka ke jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing tidak akan membabitkan apa-apa kerugian kewangan kerana pada asasnya kementerian tidak boleh membayar apa-apa elaun memangku kepada mereka. Dengan cara ini, barulah ia dapat memberi laluan kepada pegawai-pegawai yang telahpun dilu-luskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku jawatan kenaikan pangkat berkenaan dan seterusnya menikmati pertambahan elaun kerana dibayar elaun memangku gred kenaikan pangkat oleh KPM.

Dimaklumkan juga, hanya Lembaga Tatatertib PPPS di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang berkuasa untuk memutuskan sama ada seseorang PPPS yang diambil prosiding tatatertib itu diturunkan pangkat atau dibuang kerja apabila terbukti bersalah. Dalam konteks ini, semua 108 PPPS itu tidak menghadapi apa-apa prosiding tatatertib. Justeru itu, isu yang mengatakan bahawa mereka diturunkan pangkat adalah tidak tepat dan mengelirukan sama sekali.

Dengan penjelasan di atas, tidak timbul sama sekali isu 108 PPPS termasuk pengetua diturunkan pangkat mereka. Mereka hanyalah ditempatkan semula di jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing. Kekosongan jawatan kenaikan pangkat yang ditinggalkan itu akan diisi oleh mereka yang layak dan diluluskan pemangkuan oleh LKPPP. Oleh itu, kenyataan bahawa ini adalah 'serangan' oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terhadap warga pendidik dengan cuba merendahkan sumbangan guru adalah tidak tepat dan tidak berasas sama sekali. Pelaksanaan ini dipersetujui Ketua Pengarah Pelajaran serta ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran.

Kementerian ingin menegaskan bahawa adalah tidak wajar memberi anggapan yang mengandungi maklumat kurang tepat sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibiliti baik kementerian ini pada kaca mata Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) khususnya dan kepada masyarakat umum amnya sebelum tindakan difahami dengan betul.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.


Pelajar Smart Reader hasilkan bendera gergasi


Kanak-kanak Pusat Smart Reader Kids menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan cap tapak tangan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU 20 Ogos - Sempena sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi, seramai 120 kanak-kanak Pusat Smart Reader Kids, Bandar Baru Uda di sini, menghasilkan Jalur Gemilang gergasi sebagai manifestasi kebanggaan mereka terhadap bendera kebangsaan itu.

Jalur Gemilang yang berukuran 4 meter x 2.5 meter itu dihasilkan oleh kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun yang belajar pada sesi pagi dan petang.

Pengetua yang juga Pengarah Eksekutifnya, Noorizam Abdullah berkata, untuk membentuk tujuh jalur merah, kanak-kanak tersebut menurunkan cap tangan masing-masing.

"Untuk membentuk bulan dan bintang pada Jalur Gemilang, kanak-kanak tersebut menggunakan cap jari. Masa yang diambil untuk menyiapkan Jalur Gemilang lama juga.

"Kerja-kerja itu dibuat seminggu sahaja iaitu pada segmen kreatif kanak-kanak kerana kami tidak mahu mengganggu pembelajaran," katanya ketika ditemui di Pusat Smart Reader Kids di sini hari ini.

Menurutnya, bendera tersebut akan dipasang dan dikibarkan mulai hari ini sebagai tanda semangat bersatu padu dan kerjasama kanak-kanak berbilang kaum yang belajar di pusat berkenaan.

Halimahton kongsi didik anak pintar

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my


HALIMAHTON bersama anak, Iskander Ibrahim ketika ditemui di rumahnya di Damansara.

Program Genius Pra Sekolah bantu budak mahir Matematik

KUALA LUMPUR: Kemampuannya mendidik lima anak di United Kingdom (UK) sehingga menjadi pelajar genius Matematik yang berjaya memasuki universiti bagi kursus sarjana pada usia muda dan terkenal di seluruh dunia, menyebabkan Halimahton Yusuf, berhasrat mengembangkan kaedah pendidikan yang digunakannya itu untuk membantu ibu bapa di Malaysia memiliki anak pintar seawal usia muda.

Beliau yang sudah menetap di Kuala Lumpur bersama dua anaknya, Iskandar Ibrahim Farooq Yusof,23, dan Sabrina Zuleikha,15, sejak bulan lalu berkata, sebagai permulaan, program yang akan dijalankan selepas Ramadan ini hanya dibuka kepada ibu bapa dan pelajar yang berminat di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya saja.

Katanya, kaedah pendidikan dikenali `Program Genius Pra Sekolah' itu antara lain akan mendedahkan teknik pengajaran asas khusus untuk membentuk kepintaran anak bermula di peringkat bayi hingga berusia lima tahun.

"Program ini adalah siri bengkel interaktif membabitkan penyertaan ibu bapa dan anak mereka. Saya ingin mendedahkan apakah teknik yang boleh dilakukan untuk menjadikan anak berusia bawah lima tahun ini mampu membaca dan menulis dengan lancar, selain memiliki kemahiran dalam Matematik.

"Ramai ibu bapa bertanya sama ada anak berusia bawah tiga tahun boleh memiliki kemahiran seperti itu dan kita akan membuat demonstrasi bagaimana untuk melakukannya dalam kelas.

"Paling penting, saya ingin menekankan aktiviti pendidikan perlu dilakukan dalam suasana ceria dan mampu menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan anak-anak, selain membincangkan langkah perlu dilakukan ibu bapa jika anak tidak berminat untuk belajar," katanya ketika ditemui di Damansara, petang semalam.

Lima anak Halimahton, Isaac Yusof, 27, Aisya, 26, Sufiah, 24, Iskander Ibrahim, 23, dan Sabrina Zuleikha, 15, memiliki kepintaran luar biasa terutama dalam bidang Matematik sehingga menarik perhatian media yang memaparkan keluarganya sebagai paling pintar di UK.

Isaac yang kini menjalankan perniagaan sendiri di UK mendapat tawaran memasuki universiti pada usia 15 tahun, diikuti Aisya yang memasuki Universiti Warwick pada usia 15 tahun, Sufiah ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun dan Iskander memasuki Universiti Warwick ketika berusia 12 tahun, manakala Sabrina Zuleikha turut menerima tawaran ke universiti pada usia 14 tahun.

Halimahton berkata, kepulangannya untuk menetap terus di Malaysia diputuskan Iskander dan peluang itu membolehkannya menabur bakti kepada anak tempatan menggunakan kemahiran dimilikinya itu selepas menetap selama 34 tahun di London.

Katanya, walaupun kejayaan anaknya memasuki universiti mengagumkan orang ramai kerana mereka masih kanak-kanak, tetapi dia tidak menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke universiti pada peringkat usia berkenaan.

"Walaupun anak itu pintar pada usia muda, dia sewajarnya diberi peluang melalui kehidupan biasa bersama rakan dan memasuki universiti ketika mencapai usia yang agak matang," katanya.






Samad bawa isu PPSMI di pentas Pas

BUKIT MERTAJAM: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyertai kempen Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi menjelaskan isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di sini, semalam, Samad berkata, beliau akan menggunakan kesempatan diberikan Pas untuk menerangkan kegagalan kerajaan memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau akan menceritakan kepada masyarakat di sini bagaimana Kerajaan Pusat gagal melakukan sesuatu bagi memartabatkan bahasa Melayu dan hanya memperkasakan bahasa Inggeris dengan memperuntukkan kira-kira RM5 bilion.

"Saya lihat sampai sekarang kerajaan gagal mengumumkan mengenai langkah mereka memartabatkan bahasa Melayu. Apa yang mereka lakukan hanyalah memperkasakan bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa perniagaan serta bangsawan.

"Selain itu, saya juga ingin menyatakan bahawa Kerajaan Pusat berdolak-dalik untuk memansuhkan PPSMI. Ini terbukti kerana ketika hendak melaksanakan, mereka hanya ambil masa lima bulan, tetapi dua atau tiga tahun untuk memansuhkannya," katanya.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengarah Jentera Pas Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Ini bukan kali pertama, sasterawan negara itu bekerjasama dengan Pas berhubung isu PPSMI kerana pada Mac lalu, mereka mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan pelaksanaannya.

Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012.

Pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Samad berkata, beliau menggunakan pentas kempen disediakan Pas kerana kerajaan tidak mendengar desakan daripada golongan seniman sepertinya dan hanya mendengar apabila desakan keluar daripada pembangkang.

"Apabila golongan kami tidak didengar pendapatnya, lebih baik kami minta bantuan daripada pembangkang yang agak lantang menyuarakan isu seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Mahfuz ketika mengulas pembabitan Samad, berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan mana-mana pihak yang ingin berkempen bagi membantah dasar kerajaan yang hanya menyukarkan rakyat.



Thursday, August 20, 2009

Teacher in Papar fined RM5,000 for reckless driving

20th August, 2009

KOTA KINABALU: A secondary school teacher from Papar was fined RM5,000 in default six months’ jail for reckless driving resulting in the death of his passenger.

High court deputy registrar Zaini Fishir heard that a Wira vehicle driven by Marinus Lojikip, from Kampung Bawan, Membakut made a dangerous U turn along Jalan Lintas, Kepayan on June 4, 2004 at 7.55pm resulting in a Toyota driven by another motorist to ram against the left side of Marinus’ vehicle.

Prosecuting officer, Chief Inspector Wilynton Enchana Watt said that as a result, passenger James Joiti, 53, who was seated next to Marinus sustained injuries on his body, leg and arm. He was warded at the Queen Elizabeth Hospital but died shortly after.

Marinus pleaded guilty to the offence that carries a fine from RM4,000 to RM10,000 and liable to 12 months’ imprisonment under Section 43 (1) of the Road Transport Act 1987 for negligent and reckless driving. Marinus also had his driving license endorsed with the offence committed.

In the same court, five people were slapped with a fine for drunk driving.

Sutera Harbour clerk, Fazura Azima binti Ag Sha, 32 was fined RM2,000 in default three months’ jail for having 235mg of alcohol in her urine, an excess of 128mg. She was arrested along Jalan KK-Penampang in front of Blue Seven driving a Kembara on April 18 at 1.30am.

Awang Marzuan Awang Ali, 21 received RM1,500 fine for having 161mg of alcohol along Jalan Papar-KK near to the traffic light, Putatan on March 29, this year at 3am while Albert Saimon, 25, who was stopped in front of SMK Bahang, Jalan KK-Penampang received RM1,000 fine for having 126mg of alcohol in his urine.

A private sector employee, Roslen binti Guatin, 30 who drove a Viva with 215mg of alcohol in her urine was caught in front of Mayflower Restoran along Jalan Bundusan, Penampang on May 25 at 1.15am. She was fined RM1,500 in default two months’ jail.

Chang Chen Whoo, 36 who was stopped in front of SMK Bahang along Jalan KK- Penampang on July 5 at 2.10am with an excess of 235 mg of alcohol was slapped with a RM2,000 fine.


Pencapaian akademik pelajar bermula dari bawah

2008-rencana-9a
AMBIL BAHAGIAN ... Diantara pelajar Unit Beruniform yang mengambil bahagian.
20th August, 2009

MENDIDIK anak memang satu bebanan bagi mereka yang tidak tahu menilai anugerah Tuhan, apatah lagi bagi mereka yang tidak mahu langsung memberikan pelajaran terhadap anak-anak sendiri sehingga mereka menjadi kanak-kanak yang terbiar tanpa pendidikan.

Tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai wawasan jarak jauh sudah pasti mereka mengidam-idamkan ramai anak untuk diberikan segalanya sebagai pewaris bilamana mereka sudah tiada kelak.

Baru-baru ini Sekolah Menengah Keabangsaan Sikuati SEMEKSI sekolah angkat kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mempunyai jumlah pelajar seramai 1,200 orang dengan 78 tenaga pengajar menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform dan Majlis Penyampaian Anugerah Gemilang SEMEKSI 2009.

Ketika berucap di kedua-dua majlis tersebut Pengarah Bahagian Sukan dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, Jame Alip berkata perubahan pendidikan dan pemberian pelajaran terhadap murid dulu dan masa kini memang berbeza tetapi matlamatnya sama menuju kejayaan.

Satu ketika dahulu, ramai pelajar yang hanya menghabiskan pengajian mereka setakat Tahun VI, SRP dan paling tinggi SPM atau MCE kalau ada pun yang tinggi dari itu hanya sebilangan kecil sahaja dan berbeza dengan masa sekarang anak-anak berlumba lumba untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

Ini katanya, menunjukkan bahawa ibu bapa tidak setakat melahirkan mereka ke dunia ini sebagai zuriat semata-mata sebaliknya mereka mahu melihat anaak-anak mereka bersaing dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan.

Terdahulu Pengetua SEMEKSI, Liasin Kaloh berkata, SMK Sikuati merupakan sekolah yang berpotensi dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum kian hari prestasi SEMEKSI amat membanggakan komitmen dan usaha yang digembleng ke arah kegemilangan mempamerkan kesungguhan warganya dalam mencetuskan institusi pendidikan yang cemerlang sekaligus melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, berdaya saing, berwawasan dan berketerampilan.

Liasin yang juga Presiden Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Sabah berkata, matlamat utama Majlis Anugerah Gemilang ini diadakan adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin dengan diri sendiri bangga akan sesuatu yang telah dicapai serta cukup tangkas dalam menghadapi segala rintangan dalam menggalakkan perkembangan nilai-nilai murni dalam hidupnya justeru, objektifnya juga sangat bertepatan dengan matlamat ingin dicapai.

Majlis Anugerah Gemilang ini memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam semua bidang sekaligus menjadi pencetus dalam membentuk identiti pelajar yang berilmu tinggi dan berakhlak mulia.

Malahan ia juga boleh menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus cemerlang bagi merealisasikan misi pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Dimajlis itu selain anugerah kepada para pelajar turut disampaikan anugerah perkhidmatan kepada tenaga pengajar/kerja dan anugerah keibubapaan. Dan selain perkhemahan Unit Beruniform, Anugerah Gemilang turut diadakan pameran astro yang dinamakan Kampus Astro.


Kementerian akan bertindak

PUTRAJAYA 19 Ogos - Guru-guru yang didapati mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya sebelum dasar pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu diadakan dalam dwibahasa pada 2010, akan dikenakan tindakan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, buat masa ini semua guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran itu masih perlu menggunakan bahasa Inggeris kerana buku teks dan perisian komputer adalah dalam bahasa itu.

''Pengetua dan Guru Besar diberi tanggungjawab memantau perkembangan ini kerana pemansuhan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya bermula 2012.

''Kita akan ambil tindakan terhadap guru dan pengetua yang ingkar kerana mereka tidak boleh langgar dasar kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan segelintir ibu bapa yang mendakwa ada guru yang sudah mula mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.

Alimuddin menambah, guru-guru hanya dibenarkan mengajar dalam dwibahasa mulai 2010 memandangkan pada ketika itu buku-buku teks dalam bahasa Melayu sudah mula ada.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan dijadikan pusat pengkhususan Bahasa Inggeris bagi pra dan dalam perkhidmatan.

Ia membabitkan Institut Perguruan Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA), Kuala Lumpur; English Learning Teaching Centre (ELTC) Kuala Lumpur; IPGM Datuk Razali, Kuala Terengganu; IPGM Rajang, Sarawak dan IPGM Gaya di Sabah.

Ditanya mengenai status elaun kritikal yang diperoleh guru-guru Sains dan Matematik selepas pemansuhan PPSMI, beliau berkata, perkara itu masih belum dibincangkan lagi.

Mengulas mengenai wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), Alimuddin berkata, guru-guru perlu memeriksa suhu badan pelajar sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran pertama bermula.

''Jika terdapat simptom demam melebihi 38 darjah celsius, batuk dan selesema, mereka perlu menghantar terus pelajar ke klinik atau hospital," katanya.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran sedang memohon peruntukan tambahan untuk membeli penutup mulut dan hidung, alat pengesan suhu badan dan cecair pembasmi kuman.


Etnik minoriti perlu kuasai pendidikan

KUCHING 19 Ogos - Masyarakat di kalangan kaum dan etnik minoriti di Sarawak perlu mengambil peluang untuk menguasai pendidikan dengan memastikan anak masing-masing melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, pendidikan adalah kunci utama kepada kejayaan yang seterusnya dapat membangunkan kaum itu sendiri di samping Sarawak dan negara amnya.

Menurutnya, kerajaan negeri berasa senang hati apabila menyaksikan semakin ramai masyarakat daripada kaum dan etnik minoriti khususnya Penan semakin terpelajar dan berjaya setaraf dengan kaum lain di negara ini.

''Mereka yang berjaya dan terpelajar ini akan dapat meningkatkan serta membangunkan masyarakat mereka sendiri kepada kehidupan yang lebih baik.

''Contohnya, salah seorang kaum Penan yang telah berjaya adalah Datuk Hasan Sui (Presiden Petipun Penan) yang dahulunya hidup cara lama (merayau-rayau dalam hutan) kini menjadi seorang yang berjaya selepas berusaha memperoleh pengetahuan dan pendidikan," katanya di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Senator Datuk Seri Empiang Jabu dan Timbalan Setiasuaha Kerajaan Negeri, Ose Murang.

Pada majlis tersebut, Jabu menyampaikan sumbangan daripada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) kepada sembilan pelajar wanita kaum Penan yang melanjutkan pelajaran di Kolej Segi dalam jurusan Diploma Kejururawatan di kediamannya di Tabuan Jaya di sini.

Jabu memberitahu, pihak Salcra telah memberi sumbangan berjumlah RM9,000 dengan setiap pelajar terbabit memperoleh RM1,000 sebagai perbelanjaan untuk sewa bilik selama enam bulan dan duit poket.

Katanya, kerajaan juga berusaha membantu pelajar daripada kaum tersebut dan meminta Murang mencari jalan bagaimana kerajaan dapat membantu pelajar daripada kaum Penan berkenaan.

''Hari ini, pihak Salcra menyampaikan sumbangan kepada sembilan pelajar ini sebelum mereka mendapat bantuan kewangan lain seperti pinjaman pendidikan atau sebagainya.

''Sumbangan itu untuk pelajar ini membayar sewa bilik (RM120 hingga RM160 sebulan) selama enam bulan dan bakinya boleh digunakan sebagai duit poket," ujarnya.

Dalam pada itu, sembilan pelajar terbabit akan menjalani pengajian Diploma Kejururawatan selama sembilan semester dengan yuran pengajian sebanyak RM5,000 satu semester bagaimanapun perbelanjaan lain seperti makan dan tempat tinggal ditanggung sendiri.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikatakan telah bersetuju untuk membantu pelajar tersebut dengan memberi pinjaman pendidikan kepada sembilan pelajar terbabit bagi menjalani pengajian di kolej berkenaan.

habis

Menanam sayur di kawasan sekolah


SEBAHAGIAN daripada landskap Harmony Edible Garden yang diusahakan oleh Cikgu Wahidah dan anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Langgar, Kota Bharu.


KOTA BHARU 19 Ogos - Wahidah Hassan Hilmi, 48, minat menanam sayur-sayuran dan juga hiasan landskap yang dianggapnya menyeronokkan apabila melihat ia membesar dalam suasana segar, indah dan mendamaikan.

Namun laman rumahnya yang sempit membataskan usaha untuk menterjemahkan impiannya, justeru guru Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar itu tidak keberatan menjadi Guru Penasihat Kelab Kemahiran Hidup.

Dengan adanya kawasan di sekolah khusus untuk dijadikan taman tanaman makanan (edible garden), dia berkongsi kecintaan guru-guru lain dan murid-muridnya.

''Di rumah saya hanya menanam sayur dalam pasu. Dengan adanya taman di sekolah saya dapat juga merasa mencangkul dan membuat batas bersama anak murid saya,'' kata Wahidah yang juga seorang Guru Cemerlang.

Dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu pada waktu petang untuk menguruskan taman yang dinamakan Harmony Edible Garden itu.

Selain landskap yang membantu menjadi persekitaran sekolah lebih ceria dan kondusif, hasilnya boleh dikecapi bersama dan usaha kelab ini ternyata membanggakan warga sekolah.

Taman Harmony Edible Garden SK Langgar menjadi juara keseluruhan pertandingan Kitchen Garden /Edible Landscape 2009 peringkat negeri anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sekolah yang menjadi johan tiga tahun berturut-turut bagi kategori sekolah rendah peringkat negeri itu juga diumumkan sebagai naib juara peringkat kebangsaan pada satu majlis di sini baru-baru ini.

Wahidah yang mengetuai sekumpulan tujuh guru dan 10 murid yang bertanggungjawab mengendalikan taman seluas 30 meter persegi itu berkata, pihak sekolah mula menyertai pertandingan tersebut sejak tahun 2007.

Dengan bantuan pekerja sekolah, plot kosong di tepi kantin ditukar menjadi tempat rehat yang begitu indah lengkap dengan jambatan kecil, air terjun 'mini' dan batu pemijak taman.

Jelasnya, mereka hanya mengeluarkan kos sebanyak RM1,700 pada peringkat awal membeli bahan seperti cat dan simen bagi menghasilkan sendiri hiasan sampingan selain kelengkapan wajib untuk berkebun.

Menurut Wahidah, pihak jawatankuasa pertandingan menetapkan empat jenis tanaman sebagai syarat iaitu sayur-sayuran jenis berbuah dan berdaun, buah-buahan, ulam-ulaman dan herba serta penternakan ikan air tawar dalam kawasan taman.

Katanya, ada antara benih dibekalkan secara percuma oleh Jabatan Pertanian dan ada yang dibeli sendiri pihak sekolah. Setiap tanaman diletakkan papan nama bagi memudahkan warga sekolah mengenalinya.

''Pada tahun ini kami menanam 43 jenis tanaman antaranya sayuran berdaun seperti sawi kangkung dan kobis; sayuran berbuah seperti cili, tomato dan bendi; ulam-ulaman seperti pegaga, kesom dan cekur manis.

''Kami menanam pokok herba seperti tongkat ali, misai kucing dan rumput Cina, juga menternak ikan sepat dan keli dalam kolam," katanya.

Wahidah berbangga kerana murid-murid dan guru lain yang terlibat dalam projek ini begitu bersungguh dalam kerja mereka sehingga sanggup meluangkan masa lapang selepas waktu sekolah menjaga taman berkenaan walaupun pertandingan sudah berlalu.

''Sebelum hakim datang mengadili dulu, pernah juga sampai tiga jam sehari kami meluangkan masa. Tapi kami tetap mengambil pendekatan sama mengurus kebun ini sebaik-baiknya sehingga hari ini.

''Hasilnya dikongsi bersama dengan pelajar dan juga guru-guru,'' katanya yang amat berterima kasih dengan guru besar, Zunaidah Mamat yang memberi sokongan padu.

Jelasnya biarpun 'berkebun' dilihat seperti kegiatan kokurikulum yang tidak gah, pihak sekolah tidak mengkhususkan projek ini untuk murid yang 'lemah' akademik sebaliknya minat yang menjadi kriteria utama.

Tambahnya kegiatan tersebut bukan sahaja membuka ruang untuk mereka mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kelas malah juga mendidik mereka bekerjasama, menghargai tanah dan tumbuh-tumbuhan.

Muhd. Faiz Mohd. Ghani, 11, yang menjadi ketua kepada kumpulan 10 pelajar dan bertanggungjawab ke atas taman SK Langgar, berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat membawa kejayaan kepada sekolah.

Murid yang sering menduduki tempat pertama dalam kelasnya ini berkata, walaupun terpaksa 'bergelumang' dengan tanah dan menyumbangkan tenaga, kumpulan pelajar yang terdiri daripada 4 lelaki dan 6 perempuan itu dicemburui oleh rakan-rakan yang lain.

''Ramai yang mahu jadi ahli jawatankuasa, tapi cikgu kami pilih yang betul-betul berminat sahaja. Saya sangat suka berkebun dan 'bermain' dengan tanah dan melihat tumbuhan yang ditanam hidup subur di depan mata," jelasnya.

Penolongnya, Zafirah Mohd. Noor, 11, berkata, mereka bergilir-gilir membuat kerja mengikut jadual yang disediakan setiap hari antara pukul 5 hingga 6 petang termasuk hari Jumaat.

Katanya, antara tugas wajib yang perlu dilakukan adalah mencangkul, mencabut rumput, membaja dan menyiram pokok setiap hari.

''Jika dibandingkan dengan rakan yang lain, saya tinggal agak jauh sedikit iaitu di Wakaf Che Yeh kira-kira lima kilometer dari sekolah.

''Tetapi ia tidak menghalang saya turut serta kerana biasanya saya juga terlibat dengan program kokurikulum lain sebelum itu," kata olahragawati sekolah itu.

Seorang lagi ahli jawatankuasa, Nur Aisha Abdul Malik Ngo, 11, pula gembira kerana dapat mengenal lebih banyak jenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat.

''Kalau dekat rumah boleh kenal ubi keledek saja. Tapi di sekolah saya boleh belajar cara menanam dan menjaga tumbuhan seperti temu lawak dan rumput Cina," katanya sambil memberitahu rumput Cina boleh digunakan sebagai ubat untuk melawaskan kencing.


Guru bukan opsyen ajar bahasa Inggeris

Oleh Zabidi Hitam
zabidi@bharian.com.my

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa sekitar 25,000 hingga 30,000 guru bukan opsyen mengajar bahasa Inggeris di sekolah sekarang.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata tindakan itu menyebabkan pelbagai masalah timbul, khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan.

Sehubungan itu, kesatuan itu menerusi seminar berkaitan dianjurkan di ibu negara selama dua hari berakhir kelmarin mengambil ketetapan hanya guru berkelayakan dibenarkan mengajar subjek antarabangsa itu.

“Kami dapati guru bukan opsyen dan tiada kelayakan kurang memberi komitmen ketika mengajar bahasa ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sambil menjelaskan latihan dua tahun untuk melatih guru berkenaan tidak mencukupi, beliau mencadangkan tempoh itu dipanjangkan dalam usaha mengeluarkan tenaga pengajar berkualiti.

Mengenai seminar disertai 75 pensyarah institut pendidikan guru serta guru itu bertujuan menyediakan memorandum bagi membantu memartabatkan bahasa Inggeris.

Katanya, seminar itu juga membuat ketetapan meminta kerajaan menyediakan makmal Bahasa Inggeris di setiap sekolah yang memfokuskan pelajar dan guru,” katanya.


60 sekolah tepati piawaian terima anugerah cemerlang

Oleh Norliza Abdullah
lizz@bharian.com.my

TAHUN ini, 60 lagi sekolah di seluruh negara diberi Anugerah Sekolah Cemerlang yang turut menawarkan imbuhan dalam bentuk projek bernilai RM50,000 setiap satu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata penganugerahan mengikut 14 kategori itu berdasarkan kedudukan terbaik sekolah mencapai Taraf Cemerlang dan Gemilang serta memperoleh skor 80 peratus mengikut indeks pengukuran Standard Kualiti Pelajaran Malaysia.

Selain prestasi akademik dan kokurikulum, katanya, pemilihan sekolah menerima anugerah diperkenalkan sejak 2007 itu juga berdasarkan hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi, program pendidikan dan pencapaian murid.

“Anugerah ini akan diteruskan tahun depan dengan mengambil kira kriteria baru untuk memberi penghargaan kepada pengetua dan guru besar cemerlang dalam usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara.

“Jumlah sekolah terpilih juga akan ditingkatkan kepada 100 dengan menambah kategori kecemerlangan menyeluruh.

“Langkah ini sejajar dengan usaha melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara dan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” katanya pada majlis penyampaian anugerah itu di Universiti Putra Malaysia, Serdang, kelmarin.

Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang: Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Mohd Puad menjelaskan pengiktirafan itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menyediakan persekitaran pendidikan terbaik.

Usaha itu juga, katanya, memenuhi saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pendidikan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama (KRA).

“Ia antara lain menetapkan kementerian meluaskan akses pendidikan dengan memastikan 89 peratus anak kita mendapat pendidikan prasekolah menjelang 2012 dan boleh membaca, menulis dan mengira di akhir tahap satu persekolahan,” katanya.





Syor cuti persekolahan lebih awal kekang penularan H1N1

NAMPAKNYA penyakit selesema babi atau H1N1 semakin merebak dan setiap hari ada saja yang disahkan mati disebabkan serangan wabak maut itu.

Difahamkan untuk kita dijangkiti penyakit ini amat mudah kerana hanya dengan sentuhan tangan atau terkena tempias daripada seseorang yang bersin, boleh dijangkiti dan sudah memadai kita pula jadi pembawa penyakit itu tanpa disedari.

Difahamkan juga mereka yang mempunyai rekod berpenyakit seperti asma, kencing manis, lemah jantung dan mereka yang kurang mempunyai ketahanan melawan penyakit serta kanak-kanak dan orang yang lanjut usia mudah diserang H1N1.

Apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan penyakit H1N1 ini boleh merebak dengan pantas dan negara kita tidak terkecuali dengan berkemungkinan besar ia akan menyerang sebahagian besar penduduk bukan saja penduduk dunia, malah warga negara ini sudah cukup untuk membayangkan betapa bahayanya penyakit ini.

Oleh yang demikian disyorkan antara cara mengekangnya ialah dengan menganjakkan cuti tahunan persekolahan penggal ketiga ini lebih awal lagi iaitu sepanjang Ramadan dan disambung persekolahan selepas Aidilfitri.

Hanya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM perlu bersekolah seperti biasa dan cuti penggal mereka bermula apabila saja tamat peperiksaan berkenaan.

Dicadangkan juga supaya jabatan kerajaan memendekkan waktu bertugas hingga jam 2 petang sepanjang Ramadan dan hanya membuka kaunter bayaran tertentu jika perlu.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL,
Ampangan, Seremban.

Nafi 108 pengetua disingkir

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan kira-kira 108 pengetua yang sepatutnya dilantik ke Gred DG52 akan dikeluarkan daripada jawatan berkenaan untuk terus kekal pada Gred DG48 seperti sekarang sebaliknya menjelaskan mereka hanya ditempatkan semula mengikut jawatan yang setara dengan gred hakiki masing-masing.

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusannya, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata apa yang terjadi adalah semua mereka adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang belum diluluskan pemangkuan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) untuk memangku sesuatu jawatan yang lebih tinggi daripada gred jawatan hakiki masing-masing.

“Apabila keadaan ini berlaku, ia menutup peluang calon yang sudah pun diluluskan pemangkuan oleh LKPPP untuk memangku jawatan kenaikan pangkat kerana jawatan itu sudah diisi oleh pegawai lain yang belum layak dan diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

1,395 murid Penan tiada dokumen diri

Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my

Kerajaan berusaha bantu tingkatkan pendidikan, dokumen untuk kemudahan penduduk

KUCHING: Seramai 1,395 murid dan pelajar Penan yang berada di bangku sekolah rendah dan menengah di Sarawak ketika ini, tidak memiliki dokumen pengenalan diri baik sijil kelahiran bagi yang berada di sekolah rendah, mahukan kad pengenalan bagi yang berada di sekolah menengah.

Daripada jumlah itu, 1,128 anak Penan terbabit bersekolah di Daerah Baram di Miri, manakala baki 267 lagi di Daerah Belaga.

Sumber Pejabat Residen Miri mengesahkan di Baram saja 640 murid Penan termasuk 329 murid perempuan yang berada di sekolah rendah, selain 488 pelajar Penan yang berada di sekolah menengah termasuk 257 pelajar perempuan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Sumber Pejabat Daerah Belaga mengesahkan 181 murid Penan yang belajar di sekolah rendah termasuk 86 murid perempuan, selain 86 pelajar Penan termasuk 39 perempuan yang belajar di sekolah menengah, tidak memiliki dokumen berkenaan.

Kanak-kanak Penan terbabit masih boleh mendaftar untuk bersekolah tanpa sebarang dokumen kerana sistem sebelum ini tidak mewajibkan mereka mengemukakan dokumen, sebaliknya hanya perlu mendaftar sebagai anak Penan.

Ini kerana majoriti kaum Penan tinggal di kawasan hutan, jauh terpencil daripada anggota masyarakat yang lain dengan sebahagiannya masih hidup sebagai nomad.

Rekod ini bagaimanapun hanya merujuk kepada anak Penan yang bersekolah dengan ketiadaan dokumen pengenalan diri mereka disedari selepas mereka berada dalam sistem persekolahan.

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak bersekolah dan golongan tua, kebanyakannya dikatakan tidak memiliki dokumen pengenalan diri, apa lagi rutin harian mereka cuma bergerak di dalam hutan termasuk untuk mencari makanan, tanpa perlu berurusan dengan sebarang jabatan yang memerlukan mereka mengemukakan dokumen.

Menurut sumber Unit Perancang Negeri (SPU) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah menubuhkan Unit Khas Bergerak (UKB) sejak 2004 bagi membantu penduduk di pedalaman Sarawak khususnya kaum Penan untuk memiliki dokumen pengenalan diri.

Setakat ini 2,514 kaum Penan berjaya didaftarkan di 43 kawasan termasuk 233 yang didaftarkan sejak awal tahun ini di lima kawasan di Baram.

Pada tahun lalu, seramai 786 kaum Penan berjaya didaftarkan JPN, berbanding 332 orang yang didaftar pada 2007; pada 2006 seramai 509 orang Penan didaftarkan; pada 2005 seramai 180 orang dan seramai 474 orang pada 2004.

Kerajaan negeri turut memberi bantuan pendidikan kepada pelajar Penan yang miskin untuk menggalakkan mereka bersekolah termasuk dari segi kemudahan pengangkutan, yuran sekolah, pakaian seragam dan alat tulis.

Kemudahan pendidikan itu diberikan kepada pelajar Penan di Daerah Limbang, Baram dan Belaga memandangkan tahap kemiskinan kaum Penan di situ agak tinggi berbanding di Bahagian Miri dan Bintulu.

Sejak 1994 seramai 19 anak Penan berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah, manakala lima lagi masih menuntut pada peringkat sama. Tiga lagi anak Penan sudah memperoleh diploma, manakala dua lagi masih dalam proses mendapatkan diploma.

Ketika ini 16,281 orang Penan di seluruh Sarawak yang menetap di Daerah Baram, Miri, Bintulu, Limbang dan Kapit.


Tuesday, August 18, 2009

Semua aspek diambil kira sebelum buat keputusan tidak teruskan PPSMI: Puad

17th August, 2009

TAWAU: Keputusan untuk tidak menerus- kan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat selepas kerajaan mengambil kira dan meneliti semua aspek termasuk pandangan pelbagai pihak, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sehubungan itu, Dr Mohd Puad berpendapat keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI itu merupakan langkah kerajaan untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul demi kebaikan pelajar dan rakyat keseluruhannya.

Menurut Dr Mohd Puad, sekiranya dasar itu bertujuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dengan mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris maka adalah lebih baik mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa ibunda kerana ia lebih mudah difahami pelajar.

Katanya kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggunakan Bahasa Malaysia dalam pengajarannya sehingga dapat melahirkan ribuan pakar dan profesional termasuk jurutera dan doktor, secara langsung membuktikan keupayaan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu.

Sekiranya pengajaran mata pelajaran berkenaan pula diajar dalam bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris maka kaedah pengajarannya perlu diperbaiki, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Tawau di sini kelmarin.

Menurutnya penelitian kerajaan mendapati bahawa walaupun dasar PPSMI itu sebelum ini wujud namun ia seolah-olah tidak dilaksanakan kerana kebanyakan guru mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau bercampur-campur.

“Cuma enam peratus sahaja guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris… Kalau ia (PPSMI) tidak dilaksanakan, mengapa kita perlu teruskan. (Akhirnya) dasar ini me- ningkatkan ilmu pun tidak meningkatkan penguasaan bahasa Inggerispun tidak,” katanya.

Katanya kerajaan kini sedang mengambil langkah perlu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran bahasa Inggeris termasuk mengambil lebih ramai guru-guru pakar bahasa itu serta meningkatkan kemudahan pengajaran termasuk penggunaan makmal-makmal bahasa serta mengajar kesusasteraan Inggeris di sekolah-sekolah.

Menurut Dr Mohd Puad kerajaan juga telah menerbitkan banyak kamus serta ratusan daftar istilah Sains dan Matematik yang mengandungi ratusan ribu istilah untuk digunakan ketika mengajar mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Kebangsaan.


Empat aspek tingkat sistem pendidikan

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.

''Kurikulum kita terlalu padat dengan guru-guru dan pensyarah universiti memberikan begitu banyak maklumat kepada pelajar yang menerima secara pasif.

''Mungkin sudah tiba masanya untuk mengurangkan kandungan bahan yang disebarkan dan meluangkan lebih waktu bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan dalam abad ke-21,'' titah baginda.

Raja Nazrin yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend di sini hari ini.

Mengenai sistem penilaian, baginda menjelaskan, sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dengan pelajar perlu menduduki empat peperiksaan umum sebelum ke universiti.

''Kita mungkin boleh mengurangkan peperiksaan di peringkat kebangsaan sekali gus mengurangkan beban dan kebimbangan guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa. Kita juga cenderung menyanjung mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan meminggirkan mereka yang tidak cemerlang.

''Sistem berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan sekolah-sekolah memberikan fokus kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Lebih malang, mereka yang tidak cemerlang berlatarbelakangkan sosio-ekonomi yang rendah,'' titah baginda.

Tambah Raja Nazrin, kaedah penilaian alternatif yang lebih mencerminkan keupayaan pelajar perlu dilaksanakan.

''Biarpun mendapat markah A adalah penting, pelajar juga perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka bekerja secara efektif dan efisien,'' titah baginda.

Baginda bertitah, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu kepada pelajar melakukan projek, menganalisis kajian kes, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dalam pelbagai situasi, mempertikai kes-kes yang dikaji serta memupuk pengetahuan pelajar itu sendiri.

''Seringkali guru mengeluh untuk menggunakan strategi pengajaran sedemikian namun kandungan pelajaran menyebabkan mereka terpaksa memilih kaedah syarahan yang membolehkan lebih banyak kandungan pelajaran disebarkan kepada pelajar,'' jelas Raja Nazrin.

Aspek yang keempat, tambah baginda, ialah bahasa Inggeris yang begitu penting dalam alam pekerjaan di abad ke-21.

''Di tempat-tempat kerja di seluruh dunia, mereka yang mahir bahasa Inggeris akan menikmati banyak kelebihan dan kebanyakan majikan menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat pengambilan pekerja.

''Menyentuh mengenai guru, satu kajian bertajuk Bagaimana Sekolah Terbaik Di Dunia Menduduki Tempat Teratas oleh McKinsey and Co. pada 2007 mendapati guru merupakan penentu pada kualiti sesebuah sistem pendidikan,'' jelas baginda.

Tambah Raja Nazrin, di Finland semua guru baru mesti mempunyai ijazah sarjana, Korea Selatan pula mengambil guru sekolah rendah dari kalangan lima peratus graduan terbaik sementara Singapura dan Hong Kong pula memilih guru dari kalangan 30 peratus pelajar terbaik.


Sunday, August 16, 2009

Jaguh Matematik

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


Mohd Suhaimi Ramly, Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa Malaysia.

Mohd Suhaimi dipilih antara juri termuda pertandingan dunia

TIDAK ramai yang tahu, bidang Matematik juga sebenarnya ada seni kreatif tersendiri. Bukan setakat bermain dengan nombor tetapi juga membabitkan pemikiran kreatif dan kritis bagi membolehkan seseorang itu layak digelar pakar Matematik.

Ini bermakna, pelajar sekolah khasnya digalakkan sentiasa berfikir bagi mencari jalan penyelesaian sendiri bagi setiap permasalahan dan bukan setakat menerima dan mengamalkan kaedah tertentu dalam buku pelajaran atau diajar guru.

Mohd Suhaimi Ramly, 27, yang kini bergelar Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) Malaysia adalah antara genius Matematik yang terpilih sebagai juri termuda untuk menghakimi pengiraan markah pertandingan IMO peringkat dunia.

Anak muda itu mengakui, pertandingan IMO itu bukannya suatu yang mudah kerana ia membabitkan pelajar terpilih di seluruh dunia, namun di situlah terletaknya keseronokan menyahut cabaran sebagai peserta dan kini beliau bertindak selaku jurulatih.

Sehubungan itu, setiap kali tiba musim pertandingan IMO peringkat dunia membabitkan 108 negara, ketika itulah pasukan IMO Malaysia sibuk mencari bakat baru dan melatih mereka supaya berfikiran kreatif.

Mohd Suhaimi turut berkongsi ilmu dengan menulis buku.

"Ramai yang tersalah anggap. Tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam Matematik dan sering mendapat markah A layak menyertai IMO.

"Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap soalan atau permasalahan. Mereka perlu kritis dan kreatif. Sebab itulah pada sesi latihan, hubungan mereka dengan pengajar umpama jurulatih dan pemain.

"Hubungan ini berbeza jika dibandingkan antara guru dengan murid kerana jurulatih akan mendedahkan taktik dan pemain akan melaksanakan dengan pelbagai cara. Sudah semestinya mereka perlu berfikir dan idea sentiasa berkembang," katanya.

Mohd Suhaimi sendiri pernah muncul antara pelajar terbaik pernah dilahirkan bagi pertandingan IMO, termasuk meraih anugerah juara Olimpiad Matematik Kebangsaan pada 1998 dan 2000.

Berdasarkan kejayaan itu, Suhaimi terpilih mewakili negara selama empat tahun berturut-turut bagi IMO peringkat Asia Pasifik dan peringkat dunia di Romania, Korea dan Amerika Syarikat bermula 1999 hingga 2001.

Namun, sejak pertandingan Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan diperkenalkan mulai 1970-an, sering kedengaran rungutan pelajar dan guru mengenai masalah mereka tidak biasa dengan kaedah, soalan dan cara penyelesaiannya.

Menyedari masalah itu, Suhaimi mengambil pendekatan bijak untuk berkongsi pengalamannya melalui penulisan buku khas mengenai asas Matematik bagi pertandingan Olimpiad bertujuan memudahkan guru dan pelajar membuat rujukan.

"Buku itu mengandungi empat siri dan ia sebenarnya membabitkan nota lama yang disimpan sejak peringkat sekolah hingga sekarang. Ia terbukti banyak membantu dan pada masa sama saya sering mendapat input baru daripada pelajar yang banyak menampilkan idea bernas," katanya.

Menyingkap sejarah pembabitan awalnya dalam bidang Matematik Olimpiad, anak jati Kuala Lumpur ini mengakui ia menyedari bakatnya selepas terpilih mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk pertandingan peringkat kebangsaan dengan muncul naib juara.

Tanpa sebarang latihan, beliau terkejut dengan keputusan itu seterusnya ditawarkan berlatih bersama Prof Abu Osman (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk mewakili negara. Kini beliau menjadi ketua jurulatih menggantikan gurunya dan sudah 10 tahun mengetuai kontinjen Malaysia.

Sekalipun ahli keluarga langsung tidak terbabit dalam bidang itu, beliau mengakui dorongan kuat keluarga yang banyak memberi kemudahan mendapatkan buku dan internet banyak membantunya belajar untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Selain menerbitkan buku panduan khas untuk Olimpiad Matematik, beliau juga banyak memberikan ceramah kepada pelajar dan guru serta terbabit dalam pertandingan peringkat MRSM dan Matrikulasi.

Profil

Mohd Suhaimi Ramly

Tarikh lahir: 29 Disember 1982

Ayah: Ramly Mustafha, 58

Ibu: Zainab Abd Ghani, 59

Adik beradik:

  • Nurfariza, 31, (doktor)

  • Nurul Aini, 29, (pegawai kerajaan)

    Pendidikan:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Selangor (1995-1997)

  • Maktab Rendah Sains Mara, Jasin Melaka (1998-1999)

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat (2001-2005)

    Kerjaya:

  • Pengarah Urusan Ardent Eduicational Consultants Sdn Bhd

  • Pengarah Eksekutif Aidan Corporation Sdn Bhd

    Kepakaran:

  • Matematik: Algebra, Kombinatoriks, Teori Nombor, Geometri, Analisis Fungsian

  • Latihan Olimpiad Matematik kepada guru dan pelajar

  • Ketua Jurulatih Malaysia ke IMO 2007 - kini


    Info

    Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa


  • Hampir 600 pelajar terbaik dunia terpilih

  • Ujian peperiksaan dua hari

  • Enam soalan dalam masa sembilan jam

  • Markah berdasarkan kaedah pemikiran kreatif pelajar menjawab soalan

  • 108 negara bertanding.

  • 100 juri profesional seluruh dunia

  • Peserta mesti berusia bawah 20 tahun dan belum memasuki universiti.


  • Usah malu bertutur dalam BI


    DR MAHATHIR menyampaikan anugerah Tun Mahathir kepada Shahida pada Majlis Konvokesyen Institut Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Merah, semalam.

    Latihan bercakap berulang kali bantu fasih bahasa antarabangsa: Mahathir

    BUKIT MERAH: Golongan muda yang terpelajar tidak perlu malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris (BI) kerana amalan yang dilakukan berulang kali itu akan menjadikan mereka fasih bahasa antarabangsa itu.

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ketika ini, negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama menguasai hampir semua teknologi moden dan tidak rugi jika graduan negara ini fasih dalam bahasa berkenaan.

    Beliau berkata, bahasa Inggeris digunakan untuk meneroka bidang baru, menyelidik dan menulis hasil penyelidikan.

    "Pada satu zaman, penutur bahasa Arab menguasai teknologi semasa hingga orang Eropah belajar bahasa Arab untuk menguasai ilmu. Sekarang, untuk menguasai ilmu baru, kita mesti menguasai bahasa Inggeris.

    "Tidak rugi kita menguasai dua bahasa, iaitu bahasa ibunda atau bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris," katanya dalam ucapan motivasi pada Majlis Konvokesyen Institut Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Merah di sini, semalam.


    Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai tetamu kehormat menyampaikan Diploma Kejururawatan kepada 91 graduan.

    Dr Siti Hasmah turut menyampaikan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah kepada graduan terbaik, Nur Shuhaily Mohd Samsudin, manakala Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Tun Dr Mahathir kepada Shahida Samsudin.

    Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola institut berkenaan, Tan Sri Mustapa Kamal Abu Bakar. Mustapa Kamal juga menyampaikan Anugerah Tan Sri Mustapa Kamal kepada graduan cemerlang, Mohd Safuan Ahmad.

    Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata, penduduk negara ini sama ada di luar bandar atau bandar, orang miskin atau kaya mempunyai potensi intelektual yang sama dengan penduduk negara maju jika keupayaan mereka dicungkil menerusi peluang pendidikan.

    Katanya, orang Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan Sarawak mempunyai kecerdasan yang sama dengan bangsa lain di seluruh dunia jika mereka tekun berusaha untuk mencapai kecekapan dan menimba ilmu.

    "Menerusi peluang latihan dan pendidikan, pencapaian generasi muda jauh lebih baik daripada ibu bapa mereka yang dikatakan kolot atau tidak berpelajaran tinggi," katanya.



    Sekolah sukar dapat topeng boleh hubungi jabatan


    Alimuddin Mohd Dom

    KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengarahkan sekolah yang sukar mendapatkan topeng muka untuk diagihkan kepada pelajar bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1) supaya menghubungi Jabatan Pelajaran negeri masing-masing.

    Katanya, dakwaan ada sesetengah sekolah tidak mengagihkan alat pelindung itu kepada pelajar walaupun peruntukan khas RM2.6 juta sudah disalurkan Kementerian Pelajaran bagi tujuan berkenaan, mungkin disebabkan kehabisan stok topeng muka di pasaran berikutan permintaan tinggi yang diterima.

    “Kita sudah menyalurkan RM2.6 juta kepada semua Jabatan Pelajaran negeri, kira-kira dua minggu lalu untuk diagihkan kepada sekolah bagi membiayai pembelian topeng muka dan alat mengukur suhu badan. Sepatutnya semua sekolah sudah menerima peruntukan berkenaan.

    “Sekiranya memang ada sekolah yang belum mengagihkan topeng muka kepada pelajar disebabkan tiada stok, mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada sekolah, terutama yang mempunyai jumlah pelajar ramai, mengambil langkah mengagihkan topeng muka berdasarkan keperluan dan bukan secara menyeluruh kepada semua pelajar.

    “Contohnya, sekolah menyediakan topeng muka untuk pelajar dalam kelas sama atau berdekatan dengan mangsa jangkitan H1N1 kerana bekalan terhad dan perlu ditukar selalu. Bagaimanapun, setakat ini saya belum terima laporan atau aduan mengenai sekolah tidak mengagihkan topeng muka kepada pelajar,” katanya.

    Mengenai tindakan segelintir ibu bapa yang melarang anak mereka ke sekolah kerana bimbang dengan jangkitan H1N1, Alimuddin berkata, pelbagai langkah rapi dan proaktif sudah diambil untuk membendung penularan wabak itu di sekolah.

    “Sehubungan itu, ibu bapa jangan bimbang atau panik. Kementerian dan pihak sekolah tidak akan menyembunyikan sebarang kes H1N1. Tindakan melarang anak menghadiri sekolah tanpa keperluan akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.