Saturday, June 27, 2009

10 pelajar serang rumah guru

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


KUALA TERENGGANU - Gara-gara tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka dihukum rotan oleh guru disiplin sekolah, sekumpulan 10 pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Bukit Payung, Marang menyerang rumah guru itu.

Kejadian berlaku pada pukul 6.10 petang kelmarin ketika guru disiplin berusia 38 tahun itu berada di rumahnya di Kampung Paya Resak, Bukit Payung bersama isteri dan tiga orang anak masing-masing berusia empat, enam dan 11 tahun.

Tindakan pelajar ala samseng itu menyebabkan dua buah kereta iaitu Proton Waja dan Proton Satria milik guru rosak.

Bagaimanapun, guru itu dan keluarganya tidak cedera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, sebaik sampai di luar rumah guru itu, kumpulan pelajar terbabit membuat bising.

"Mereka kemudian mencabar guru disiplin itu supaya bersemuka dengan mereka tetapi guru itu tidak memberi tindak balas dan hanya mengintai melalui tingkap rumah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment