Saturday, June 27, 2009

Penjawat awam dinasihat hati-hati layari internet

25th June, 2009

KENINGAU: Orang ramai terutama penjawat awam harus berhati-hati ketika melayari internet kerana ia bukan sahaja membawa kebaikan tetapi keburukan turut diba-wanya kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Katanya, terdapat pihak-pihak tertentu me-nyalahgunakan kuasa internet untuk melakukan hal-hal yang keji dan tidak sihat.

Sejak akhir-akhir ini katanya, pengguna komputer sering berhadapan dengan masalah serangan virus computer dan juga penyebaran email berunsurkan penipuan atau ‘phishing’ yang memperdayakan penerima email untuk men-dedahkan kata laluan perbankan ‘online’ mereka.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau berkata demikian dalam ucapan perasmian Seminar ICT 2009 Sektor Awam Negeri Wilayah Keni-ngau anjuran Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) di salah hotel Perkasa di sini pada Rabu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pem-bantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno.

Hadir sama Pengarah JPKN Sabah, Dr. Mingu Hj. Jumaan; wakil Pegawai Daerah Keningau, Johari Tahir; wakil Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Keningau, James Loijon; Ke-tua Cawangan JPKN Keningau, Ornest Mosusi dan ketua-ketua jabatan.

Pairin berkata, terdapat juga laman web palsu yang kononnya produk mereka boleh dibeli secara online.

“Ini terbutki kerana baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar bahawa seramai 66 orang awam telah tertipu kerana membuat pesanan produk secara online tetapi produk yang dipesan tidak pernah diterima oleh pelanggan berkenaan walaupun bayaran sudah dibuat,” jelasnya.

Katanya, perkara-perkara sebegini dapat dielakkan jika masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh pihak MAMPU dan Sabah Government Computer Emergency Response Team (sgCERT).

Tambahnya, tatacara penggunaan komputer yang berhemah, virus atau malware ini akan sukar menembusi pertahanan komputer.

Seramai 67 penjawat awam dari pelbagai jabatan kerajaan negeri di wilayah ini mengikuti seminar itu.

Dalam masa yang sama Pairin berkata, seminar itu boleh dianggap sebagai serampang dua mata kerana selain dari menimbah pengetahuan dalam bidang ICT ia juga meluaskan rangkaian jalinan persahabatan dan persefahaman dengan rakan-rakan dari jabatan lain ke jabatan yang lain.

Katanya, dengan terjalinnya ikatan persahabatan yang erat, urusan seharian dikalangan penjawat awam bertambah lancar terutamanya urusan yang melibatkan dua atau lebih jabatan.

“Pengetahuan yang diperolehi dalam seminar ICT juga dapat memudahkan tugasan seseorang pegawai dan kakitangan jabatan dalam perkhidmatan mereka,” katanya.

Disamping itu katanya, penggunaan ICT dalam jabatan juga dapat mempercepat urusan jabatan yang sering menerima kritikan daripada pelanggan apabila sesuatu urusan mereka mengambil masa yang lama.

No comments:

Post a Comment