Saturday, June 27, 2009

Tugas kembangkan bahasa kebangsaan tugas semua kaum, kata Musa

26th June, 2009

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, tugas membina serta mengembangkan bahasa kebangsaan bukan tugas sesuatu kaum, sebaliknya semua kaum dan rakyat negara ini wajar bersatu hati memikul tanggungajwab itu.

Beliau berkata, ini kerana Bahasa Melayu perlu dikembangkan untuk kepen-tingan seluruh rakyat Malaysia dan negara tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

“Saya berharap kita tidak beranggapan bahawa soal Bahasa Melayu adalah soal orang Melayu semata-mata kerana kita mahu orang bukan Melayu juga menggunakan Bahas Melayu dengan seluas-luasnya.

“Bahasa Melayu dikembangkan bukan untuk kepentingan orang Melayu semata-mata atau untuk merugikan orang bukan Melayu tetapi ia adalah untuk kepentingan semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan pertandingan Forum Pe-lajar 2009 peringkat negeri Sabah, di Sekolah Menengah Tshung Tsin, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Se-kitar, Datuk Masidi Manjun.

Turut hadir, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Zubaidi Abas dan Pengetua Sekolah SM Tshung Tsin merangkap pengerusi bersama pertandingan itu, Hiew Hoh Shin.

Musa berkata, warga Malaysia yang bu-kan daripada kalangan orang Melayu sewajarnya dilibatkan sama dalam semua ke-giatan bahasa agar imej kebangsaan dapat diwujudkan dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa masyarakat terbanyak dan bahasa perpaduan kaum dapat dicapai.

“Pada masa kini, kita menyaksikan perubahan sistem nilai dan cara hidup mas-yarakat yang sebahagian besarnya disebabkan oleh globalisasi.

“Dalam hal ini, kita harus sedar akan pentingnya pembangunan bersepadu dan seimbang, bagi memastikan bangsa Ma-laysia menjadi bangsa yang maju dan pada masa yang sama mempertahankan kekuatan dalamannya,” katanya.

Katanya lagi, bagi memikul tanggunajawab itu, golongan remaja perlu dididik agar menjadi insan yang bertanggungjawab dalam memelihara kelangsungan bangsa dan negara.

“Kegiatan seperti pertandingan forum pelajar memberi manfaat kepada para remaja kerana mereka boleh menggunakan masa terluang serta boleh menterampilkan penggunaan Bahasa Melayu seterusnya menjadi remaja yang berkebolehan dalam pengucapan awam,” katanya.

Sehubungan itu katanya, program seumpama ini wajar diteruskan memandangkan ia dapat menjadi wadah dalam memantapkan penggunaan bahasa ke-bangsaan dalam kalangan generasi muda di negara ini.

“Dalam konteks ini, kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu demi memajukan bahasa kebangsaan kita.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak turut sama melibatkan diri dan ber-ganding bahu bagi melaksanakan kegiatan ini dengan penuh semangat yang tinggi,” katanya.

Musa turut menyeru para pelajar supaya terus gigih melengkapkan diri menjadi warga yang berilmu pengetahuan tinggi dan menyanjung bahasa kebangsaan.

“Saya yakin dengan semangat dan usaha tanpa mengenal erti putus asa, generasi muda akan menjadi golongan pelapis yang cemerlang dan berkualiti,” katanya.

No comments:

Post a Comment