GADAI NYAWA ... Dengan gaya selamba, pelajar yang mengelarkan diri sebagai ‘berani mati’ melintas jalan melalui cela-cela kenderaan, tanpa takut dan gentar menghadapi kemalangan. |
KENINGAU: “Berani mati” ini antara perkataan yang diluahkan oleh pelajar-pelajar, bagi menjawab soalan wartawan kenapa memilih laluan bahaya untuk ke sekolah, sedangkan jejambat telahpun disediakan.
“Mereka tidak mungkin akan melanggar kami,” demikian jawapan pelajar yang lain, sekaligus mendedahkan kualiti displin pelajar tersebut terlalu rendah.
Persoalannnya, kenapa perbuatan pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah menengah yang terletak dalam kawasan pekan itu, gagal dibanteras selepas kisah jejambat yang berharga ratusan ribu ringgit telah berkali-kali didedahkan sebagai ‘gajah putih’, kerana tidak digunakan oleh pengguna.
Tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata masyarakat menuding ke arah pihak berkuasa tempatan, khususnnya Majlis Daerah Keningau (MDK) apa yang mereka sifatkan sepatutnya menguatkuasa undang-undang.
“Terdapat undang-undang kecil yang membolehkan MDK menyaman pengguna yang tidak menggunakan jejambat, ketika menyeberang jalanraya,” jelas seorang responden yang mahu dikenali sebagai Wati.
Selain golongan pelajar dan remaja, terdapat juga orang dewasa yang sanggup ‘berani mati’, semata-mata untuk mengejar masa ke lokasi yang dituju.
Persoalannya, apabila terjadi kemalangan, mangsa atau keluarga sering kali menjadi kerajaan sebagai sasaran untuk dipersalahkan.
No comments:
Post a Comment