Saturday, July 25, 2009

130 murid sertai program persediaan hadapi UPSR

PASIR PUTEH 24 Julai - Seramai 130 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 2 Kota Bharu menyertai Program Peningkatan Sahsiah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Kem Jeram Mengaji, Sungai Durian di sini.

Setiausaha program itu, Ramziah Mohd. Amin berkata, program selama dua hari yang berakhir semalam itu diatur sebagai persediaan bagi mereka menghadapi UPSR.

Katanya, program itu diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Isteri-Isteri Jaksa Pendamai Kelantan.

Menurutnya, dalam program itu, murid-murid dilibatkan dalam program keagamaan termasuk qiamullail, sembahyang berjemaah serta membaca yasin.

''Ceramah motivasi juga diberikan bagi mendorong mereka berusaha gigih bagi mendapatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu," katanya di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Jaksa Pendamai Kelantan, Kapten (B) Wan Marzudi Datuk Wan Omar turut hadir pada majlis itu.


No comments:

Post a Comment