Wednesday, July 22, 2009

Sarawak perlu pembangunan

SAYA seorang guru yang sudah empat tahun berkhidmat di Sarawak.

Bagi saya, Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kebanyakan negeri di Semenanjung.

Contoh paling ketara ialah pembangunan infrastruktur, terutama jalan raya.

Masalah berkenaan amat merunsingkan kerana kita sedia maklum, jalan raya adalah sistem perhubungan yang amat penting walau di manapun kita berada.

Apabila sistem jalan raya tidak diselenggarakan dengan baik, banyak masalah yang akan melanda.

Masalah paling serius ialah kemalangan jalan raya dan kerosakan pada kenderaan yang menggunakan jalan raya berkenaan.

Selain itu, pembangunan di kawasan pedalaman masih lagi jauh ketinggalan.

Penduduk kawasan luar bandar memerlukan air bersih, bekalan elektrik dan sistem perhubungan yang lebih selamat dan baik.

Keadaan di pedalaman Sarawak seolah-olah kita berada di negeri di Semenanjung pada era 1980-an dulu.

Begitu jauh tahap perbezaan jika dibuat perbandingan.

Adakah warga Sarawak tidak layak untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti?

Di manakah konsep 1Malaysia? Yang paling penting, merdekakah Sarawak dalam Malaysia?

CIKGU M,
Sarawak.

No comments:

Post a Comment