Saturday, July 25, 2009

Garis panduan bahasa Melayu betul diperkenal

KUALA KLAWANG: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengeluarkan garis panduan pengucapan bahasa Melayu yang betul bagi mengelakkan penggunaan berleluasa bahasa rojak di stesen televisyen dan radio.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata garis panduan itu sedang digubal dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) supaya kesilapan pengucapan bahasa Melayu tidak berlaku.

"Saya juga akan berjumpa juruhebah untuk membincangkan penggunaan bahasa Melayu ketika membaca berita atau ulasan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Projek Sekolah Anak Angkat Sekolah Kebangsaan Teriang dekat sini, semalam.

Rais yang mengulas pandangan dalam surat pembaca sebuah akhbar mengenai penggunaan bahasa rojak berkata, kesilapan jika berlaku harus diperbetulkan.

"H1N1 sepatutnya dibaca sebagai H Satu N Satu dan bukan H One N One. Kementerian amat mengambil berat penggunaan bahasa rojak sama ada di RTM atau stesen televisyen serta radio lain," katanya.

No comments:

Post a Comment