Wednesday, July 29, 2009

Guru direman kes seks luar tabii

DUNGUN: Polis sudah menahan reman seorang guru pendidikan jasmani sebuah sekolah menengah di daerah Dungun kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin kerana dikatakan terbabit dalam kegiatan seks luar tabii dengan dua pelajar lelaki sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata guru dari Kampung Nibong ditahan ketika melapor diri di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini.

Katanya, guru yang mengajar di sekolah terbabit sejak Mac lalu ditahan reman hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (PPD) di sini untuk membantu siasatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377B dan 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks luar tabii dan menggunakan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment