Tuesday, July 28, 2009

SK Kampung Keningau bertaraf lima bintang

27th July, 2009

KENINGAU: Sekolah SK Kampung Keningau mencipta sejarah sebagai sekolah pengajian rendah yang pertama di daerah ini, memiliki bangunan bertaraf lima bintang, yang berharga RM10 juta.

Bangunan mengandungi tiga blok itu boleh menempatkan seramai 1,000 orang murid dalam satu masa.

Guru Besar sekolah berkenaan Mohd Jaffrin Abdulman berkata, bangunan baru itu boleh digunakan sepenuhnnya pada sesi pembelajaran awal tahun 2010.

Katannya bangunan itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih, termasuk berkonsepkan mesra alam yang memiliki klinik, surau, bilik komputer canggih, bilik mesyarat moden disamping dewan makan yang digarap berkonsepkan masa depan.

“Bangunan serba mewah (sekolah rendah) seumpama ini hanya satu di daerah Keningau,” katanya, ketika ditemui selepas majlis penyerahan bangunan baru itu yang disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Raisin Saidin.

Jurutera Jabatan Kerja Raya Keningau (JKRK) ketika memberi taklimat kepada pengurusan sekolah memberitahu, bangunan itu akan siap sepenuhnnya dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang

“Kerja-kerja akhir tertumpu mengenai soal mekanikal,” jelas pegawai JKR – Hadi Hamzah yang mewakili jurutera jabatan itu di majlis itu.

Pemaju perumahan itu Sri Agaraya Sendirian Berhad menjelaskan, pihaknnya telah melaksanakan tanggungjawab besar kepada kerajaan, dengan menyiapkan bangunan itu pada masa yang ditetapkan.

Pegawai Pelajaran Keningau Raisin Saidin berkata, kerajaan begitu komited untuk menyediakan infrastrukutur pelajaran yang terbaik kepada anak-anak bangsa.

“Bangunan ini adalah contohnnya, betapa kerajaan komited untuk membangunkan rakyat di negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment