Friday, July 31, 2009

Pelajar perempuan hilang sejak Selasa

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah di Cheras, dan gagal dikesan keluarga sejak Selasa lalu.

Cheah Teik Yeing, 13, menghubungi bapanya, Cheah Boo Chuang, jam 7 petang agar mengambilnya di sekolah.

Bapanya yang ketika itu sibuk meminta Cheah menaiki teksi, namun apabila tiba di rumah beliau mendapati anak kedua daripada empat beradik itu tidak pulang.

“Saya meminta seorang anak memberitahu penolong guru besar supaya menghubungi teman lelaki Cheah yang dikenali sejak dua bulan lalu,” katanya di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Boo Chuang yang juga peniaga makan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu mengaku mengambil anaknya dari sekolah, namun meninggalkannya di kedai runcit berdekatan rumah mereka.

“Saya syak anak saya ada bersamanya kerana sebelum ini saya pernah mengambilnya di rumah lelaki terbabit,” katanya yang turut membuat laporan polis mengenai kehilangan pelajar itu.

Beliau bimbang keadaan dan keselamatan anaknya yang masih di bawah umur dan memintanya supaya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Sementara itu, Chong berkata, pihaknya akan menemui Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim dalam masa terdekat untuk membincangkan kehilangan remaja itu.

No comments:

Post a Comment